Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rombongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia diketuai Pengarahnya, Dr Ahmad Taufik Sulaiman ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto: TVS

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 4 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Dr Ahmad Taufik Sulaiman hari ini.

Pada kunjungan itu, Dr Ahmad Taufik memaklumkan kepada Abang Johari bahawa beliau mengambil alih tugas bagi menggantikan pengarah terdahulu, Herman Shah Abdullah yang bersara wajib pada tahun lepas.

Dalam pertemuan itu, Dr Ahmad Taufik turut memberi bayangan bahawa pihaknya bersama Premier Sarawak turut membincangkan  bagaimana pihak Kastam dapat membantu Kerajaan Sarawak dalam inisiatif penyimpanan karbon yang merupakan satu teknologi baharu.

Dr Ahmad Taufik merupakan anak jati Pahang mula dilantik sebagai pengarah pada 7 Oktober 2022.

Beliau sebelum ini pernah bertugas di Sabah pada 2018 sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan