Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu lori tangki gagal mengemukakan dokumen berkaitan muatan minyak diesel ditahan dalam Op Taring Kontraban. Foto: PPM W5.

Op Taring: PPM W5 rampas diesel dan lori tangki bernilai lebih RM231,000

SIBU, 4 April: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi bersama sebuah lori tangki melibatkan rampasan keseluruhan bernilai lebih RM231,000 di sini pada isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, Unit Risikan Marin Sibu telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun memandu lori tangki yang mencurigakan itu di tepi Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada jam 10. 00 pagi.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota PPM W55 Sibu yang menjalankan tugas Op Taring Kontraban mendapati lori tangki berwarna putih atau kelabu itu membawa muatan diesel dianggarkan lebih kurang 16,000 liter secara tidak sah” katanta menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati pemandu lori tangki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan minyak diesel tersebut.

“Pemandu lori tangki ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” jelasnya lanjut.

Menurutnya keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM231,200,” tambahnya.

Zulkipli berkata, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah akta kawalan bekalan 1961. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan