Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati daripada Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto: TVS

FSA2 untuk pencarum berhadapan masalah kewangan – CEO KWSP

ByDouglas Elliot

KUCHING, 4 April: Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh digunakan sebagai talian hayat apabila keadaan mendesak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kemudahan tersebut menawarkan penyelesaian praktikal kepada individu melalui pembiayaan peribadi dengan impak yang minima terhadap simpanan persaraan mereka.

“Kemudahan ini disediakan bagi pencarum yang mengalami kekangan kewangan buat masa sekarang,” katanya ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Jelasnya, mekanisme serta terma dan syarat FSA2 akan diperincikan menjelang ia dibuka untuk permohonan bermula Jumaat (7 April).

 

Mengenai kunjungan hormat itu, Amir berkata perjumpaan tersebut antara lain membincangkan isu-isu berkaitan KWSP serta dan langkah untuk membantu rakyat Sarawak meningkatkan pemahaman mengenai kewangan mereka.

Tambahnya, kunjungan hormat itu juga bermatlamat mengukuhkan hubungan antara kerajaan Sarawak dan KWSP.

Pada Selasa, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi FSA2. Ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon menerusi bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Semasa fasa satu, yang akan bermula pada 7 April dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian,” menurut KWSP.

Tarikh mula fasa dua untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan