Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Michael Tiang merasmikan program kutipan dana PBSM Sibu pada Ahad. Turut kelihatan, Chua Hiong Kee. Foto: TVS

PBSM Sibu sasar RM30,000 menerusi jualan bendera

SIBU, 3 April: Penduduk di sini diseru agar memberi sokongan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Sibu dalam usaha mereka untuk mengumpul dana.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee berkata, PBSM Cawangan Sibu ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang wajar dibantu kerana aktif dalam membuat kerja amal.

Michael Tiang Ming Tee membantu PBSM mengumpul dana. Foto: TVS

Jelas beliau lagi, PBSM telah bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah bagi mendidik belia terutamanya dalam kemahiran asas pertolongan cemas.

“Saya amat menghargai sumbangan yang telah diberikan PBSM selama ini. Saya berharap orang ramai akan memberi sokongan kepada mereka dengan menyumbang sejumlah wang seikhlasnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jualan Bendera Tahunan PBSM Cawangan Sibu di Taman Selera Muhibbah, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PBSM Cawangan Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee berkata pihaknya menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM30,000 menerusi jualan bendera tahunan.

“Tahun ini kita tidak menyasarkan jumlah yang tinggi. Selepas COVID-19, ini adalah kali pertama penglibatan pelajar tidak dibenarkan untuk keluar ke tempat awam bagi melakukan sumbangan bendera, jadi ia dilakukan oleh ahli jawatankuasa (AJK) dan ahli dewasa PBSM.

“Kami hanya meletakkan sasaran sekitar RM30,000 sahaja tahun ini dan sangat rendah sebenarnya kerana sasaran yang lepas adalah RM100,000 dan ke atas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan