KUCHING, 3 April: Dearie dan Desheila, dua peserta Dara Kenyalang yang mendapat markah tertinggi menerusi episod kelapan pada Ahad dinobatkan sebagai pemenang.
Program realiti yang disiarkan di TVS itu membariskan lapan peserta melayakkan diri untuk mara ke episod seterusnya.
Baca artikel berkaitan >>>>> Dara Kenyalang: Siapa peserta yang tersingkir pada Episod 7?
Selain Dearie dan Deshiela, enam lagi peserta yang layak ke episod kesembilan terdiri daripada Lofrenska, Priscilla, Clera, Alicia, Steffy dan Tonnia.
Menerusi episod semalam, Monica dan Amanda tersingkir setelah mendapat markah terendah.
Pada episod berkenaan, 10 peserta dikehendaki melaksanakan tugasan mereka kelima iaitu sebagai pembaca berita dan pengacara.
Mereka dibahagikan kepada lima kumpulan yang dianggotai dua peserta.
Kumpulan pertama dianggotai Lofrenska dan Priscilla, kedua Clera dan Monica, ketiga Alicia dan Steffy, keempat Amanda dan Tonnia dan kelima Dearie dan Desheila.
Pada episod yang lepas, peserta telah menggunakan koleksi busana dari Tanoti House yang bertemakan Brand Ambassador Tanoti Songket.
Mereka memakai koleksi busana dari Jun Udan yang bertemakan Street Wear semasa runway catwalk.
Dara Kenyalang menampilkan juri tetap – Angela Martin dan Wendy Earnest, manakala personaliti TVS Priscilla John dan Steward Dawi muncul sebagai juri jemputan.
Program realiti ini tidak hanya menekankan pada penampilan, tetapi juga kebolehan dan keunikan personaliti diri.
Platform ini diharap dapat mencungkil bakat baharu ke arah memperkayakan industri hiburan terutama di Sarawak dan memperkenalkan Sarawak ke pentas dunia.
Siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?
Jangan lupa Saksikan Dara Kenyalang setiap hari Ahad pukul 3:00 petang dan siaran ulangan pada setiap hari Rabu 2:00 petang dan setiap hari Jumaat 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari lama sesawang kami di www.tvstv.my.