Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama pihak penganjur memasak bubur lambuk. Foto: TVS.

Kukuhkan perpaduan dengan meraikan hari perayaan bersama

MIRI, 2 April: Program Juh Sungkei Belia @ Miri disertai masyarakat berbilang kaum di negeri ini mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Walaupun ia merupakan program berbuka puasa untuk umat Islam katanya, masyarakat beragama lain turut menyertai program terbabit.

 

Dato Sri Lee Kim Shin bersama pihak penganjur memasak bubur lambuk. Foto: TVS.

“Kita boleh melihat bahawa yang hadir pada petang ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Inilah cara hidup kita di Sarawak. Setiap tahun apabila tibanya hari-hari kebesaran seperti Hari Raya, berbuka puasa, Gawai, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali, kita semua rakyat terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya raikannya bersama.

“Jadi cara hidup kita ini adalah sangat istimewa dan inilah yang telah memperkukuhkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan muhibah di antara rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya,” katanya semasa mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Program Juh Sungkei Belia @ Miri pada Sabtu.

Dato Sri Lee Kim Shin menyampaikan bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir. Foto: TVS.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin mengakui masyarakat di negeri ini mengekalkan hidup yang penuh dengan keharmonian dan perpaduan untuk pembangunan dan kemakmuran Sarawak sekali gus sebagai contoh masyarakat majmuk kepada negara.

Dato Sri Lee Kim Shin ketika sesi bergambar bersama para tetamu dan dif kehormat. Foto; TVS.

Program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) dengan kerjasama Persatuan Belia Miri tersebut telah dijalankan sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kementerian bagi mengeratkan ukhwah dan merapatkan hubungan antara belia dan komuniti di Miri.

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program berkenaan ialah pengagihan bubur lambuk sebanyak 1,000 bungkus kepada pengunjung dan penyerahan sumbangan kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Dato Sri Lee Kim Shin menyampaikan sumbangan abntuan kepada penerima. Foto: TVS.

Program Juh Sungkei Belia seterusnya akan diadakan di Kuching pada 9 April ini bertempat di Padang Merdeka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan