Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Foto: Envato

Eksekutif wanita di Miri rugi lebih RM140 ribu ditipu ‘scammer’

MIRI, 2 April: Seorang eksekutif pemasaran wanita berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM140,470 lesap akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian.

Wanita berusia 44 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Miri pada mulanya tertarik dengan satu iklan pelaburan di atas nama ‘Wild Traders’ di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP ) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kes itu pada Jumaat.

“Pengadu mendakwa telah diperdaya selepas menekan satu pautan iklan pelaburan di Facebook sebelum disambungkan ke aplikasi Whatsapp individu tidak dikenali.

“Teruja dengan pulangan yang dijanjikan, mangsa telah memasukkan wang simpanan sendiri ke dalam 14 akaun berbeza sejak bulan Disember 2022 sehingga Mac 2023 sehingga mengalami kerugian berjumlah RM140,470,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu mula curiga apabila keuntungan yang diharapkan belum diterima setelah mengeluarkan modal yang begitu banyak.

Ujarnya, mangsa hanya menyedari dirinya telah terjerat selepas suspek kerap meminta pembayaran tambahan, malah mangsa tidak dapat mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan sebelumnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran iklan-iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh masa singkat.

Oleh yang demikian, Alexson menegaskan orang ramai perlu membuat semakan status pelaburan dengan Bank Negara Malaysia melalui lawan web https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list dan juga melalui capaian laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list

Katanya lagi, ia penting untuk mengetahui maklumat tentang pelaburan terlibat sama ada terdapat kebenaran untuk menjalankan perniagaan pelaburan atau mengutip wang daripada orang ramai.

Aduan juga boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (MSRC) di talian 997.

Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Zcammers CCID atau melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Orang ramai juga digalakkan melayari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Cyber Crime Alert PDRM dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan