Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menyerahkan sumbangan kepada wakil Surau Waqaf Taman Indah di Rumah JKKK Bandar Baru Samariang. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Capaian internet menyeluruh di Parlimen Santubong tahun 2025

ByMuqri Aziz

KUCHING, 2 April: Kawasan Parlimen Santubong akan menerima capaian internet secara menyeluruh pada tahun 2025, kata Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tertakluk kepada proses yang dirancang pihakSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Capaian internet di kawasan Santubong telah mencapai 95.7 peratus sehingga kini, namun terdapat beberapa buah sekolah di kawasan ini yang masih belum mencapai tahap perkhidmatan internet yang memuaskan yang boleh menjejaskan penggunaan internet bagi tujuan menimba ilmu.

“Tidak patut kita tidak mendapat perkhidmatan internet di mana kita tidak mendapat (capaian internet) 5G dan 4G yang diperlukan untuk proses pembelajaran, bekerja serta keperluan harian,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada komuniti setempat pada program Tautan Kasih Ramadan YADIM di Bandar Baru Samariang di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  itu berkata, penjelasan telah diperoleh daripada MCMC dan mereka telah menyatakan perancangan mereka khususnya di kawasan Parlimen Santubong.

Pada masa sama, sebanyak tujuh penerima yang menerima cek sumbangan dana MRP Fasa 1 daripada Nancy hasil kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Pandak, Masjid Darul Asyiqin Kampung Sungai Lumut, Masjid Darul Muslimin Kampung Salak, Surau Waqaf Taman Indah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Salak, Masjid Darul Rahman Kampung Pasir Pandak serta kaum keluarga Katolik Bandar Baru Samariang.

Terdahulu pada pagi tadi, Nancy telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sarawak hasil susulan daripada aduan penduduk kampung termasuk 10 buah sekolah terlibat di bawah kawasan Parlimen Santubong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan