KUCHING, 31 Mac: Peminat makanan Korea kini berpeluang menikmati sajian negara itu untuk berbuka puasa dengan pakej Sungkei 가자 (Ga-ja) yang dihidangkan Common Ground.
Julung kali diperkenalkan dengan berkonsepkan ‘dulang’ menurut pengarah urusannya, Thian Eik Chin, hidangan ini bertujuan untuk menjemput pelanggannya terutama dalam kalangan masyarakat Islam menjamu selera di situ.
“Terdapat pelbagai juadah makanan Korea dalam dulang ini, antaranya ialah fish cake stick, spicy chicken dalgakbi, seaweed rice, cheese kimbap, soy garlic chicken wing, fried mandu dan fries.
“Selain daripada pakej ini, kami juga mempunyai sajian lain jenis ‘ala carte’ yang boleh dipesan oleh para tetamu.
“Kami amat mengalu-alukan kedatangan pelanggan berbangsa Muslim untuk datang berbuka puasa dan menikmati pakej Ramadan ini,” katanya ketika ditemui TVS pada Jumaat.
@tvstvmy ‘Sungkei Ga-Ja’ di Common Ground, Saradise menyajikan pelbagai makanan Korea sepanjang bulan Ramadan. 📹 TVS Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #Sarawak #SinarRamadan #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTiktok
Namun begitu, katanya pakej set tersebut hanya akan dihidangkan pada waktu makan malam sahaja memandangkan ia khusus untuk bulan Ramadan.
Common Ground mula melancarkan pakej Sungkei 가자 (Ga-ja) pada 23 Mac lalu dan akan dibuka dari Selasa – Ahad, sepanjang bulan Ramadan sehingga 22 April ini dan harga bagi set makanan itu ialah RM188.
Setiap dulang boleh dinikmati seramai empat hingga enam orang dan tempahan dibuka kepada semua lapisan masyarakat yang meminati sajian Korea.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan, orang ramai boleh menghubungi Common Ground di talian 013-2552313 atau ‘walk-in’. – TVS