KUCHING, 1 April: Peminat drama bersiri Korea atau lebih dikenali sebagai K-drama, pasti mengikuti drama romantik-komedi ‘Strong Woman Do Bong Soon’ yang dibintangi oleh Park Hyung-Sik dan Park Bo-Young.
Baru-baru ini, portal Soompi melaporkan bahawa K-drama itu bakal menayangkan sebuah sekuel baharu yang menceritakan tentang kehidupan sepupu Do Bong Soon, iaitu Kang Nam Soon.
Tambah portal itu lagi, Park Hyung-Sik dan Park Bo-Young akan mengadakan penampilan istimewa dalam sekuel tersebut. Pastinya peminat K-drama ternanti-nanti akan sekuel yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.Â
‘Strong Woman Do Bong Soon’ yang cukup terkenal pada tahun 2017 itu mengisahkan tentang Do Bong-Soon (lakonan oleh Park Bo-Young), dilahirkan dengan kuasa luar biasa turun temurun yang hanya diturunkan kepada wanita dalam keluarganya.
Setelah dewasa, Bong-Soon kemudian di upah oleh Min-Hyuk, (Park Hyung-Sik) untuk menjadi pengawal peribadinya setelah Min-Hyuk terlihat Bong-Soon mengalahkan sekumpulan samseng.Â
Drama romantik-komedi ini kini telah mula ditayangkan di TVS untuk tontonan umum.Â
Tetapkan temu janji anda bersama Bong-Soon, setiap Isnin dan Selasa pada jam 8.45 malam, di Saluran 122 Astro & MYTV.Â