Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii disambut mesra sebaik tiba pada Program Ziarah Ukas di Masjid Nur Permai Sarikei. Foto: TVS

Program Ziarah UKAS tiba di Sarikei, masyarakat sambut dengan positif

SARIKEI, 1 April: Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) tiba di Masjid Nur Permai di sini iaitu lokasi ketiga persinggahan program kemasyarakatan berkenaan bersempena Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Anwar Hanafi Ardimansyah berkata, kali ini UKAS menyenaraikan 12 siri ziarah melibatkan setiap bahagian di Sarawak.

 “Sebanyak sembilan lagi program akan diteruskan sehingga penghujung Ramadan ini,” katanya.

 

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii bersama tetamu jemputan yang hadir. Foto: TVS

“Setakat ini, kesemua program ziarah yang dianjurkan mendapat sambutan positif komuniti setempat.

“Malah, mereka memberikan kerjasama yang cukup baik sehingga membolehkan program ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Beliau mengakui program tersebut mengimarahkan sambutan Ramadan di samping menyuburkan nilai murni, kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii memotong reben simbolik perasmian bangunan baharu Masjid Nur Permai. Foto: TVS

 

Pada masa yang sama katanya, penganjuran juga bermatlamat memupuk keharmonian dan perpaduan ahli komuniti tidak mengira bangsa, kaum dan agama.

Penganjuran program tersebut di Sarikei telah dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan