Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menunjukkan pelan jejantas Tudan yang mesra OKU ketika melawat tapak pembinaannya di Miri pada Jumaat. Foto: TVS

Pertama di Miri, jejantas Tudan mesra OKU siap Mei 2024

MIRI, 1 April: Jejantas Tudan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan bakal menjadi jejantas pertama di bandar raya Miri berkonsepkan mesra orang kelainan upaya (OKU) dijangka siap Mei 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata kemudahan tersebut akan dilengkapi tanjakan dikhaskan untuk pengguna kerusi roda.

“Ini adalah jejantas yang dikatakan mesra OKU kerana boleh menggunakan kerusi roda di jejantas ini.”

“Panjang jejantas adalah 55.6 meter dan tanjakan untuk naik ke jejantas di dua tempat dalam 55 meter panjang,” katanya.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata demikian ketika melawat tapak projek jejantas Tudan pada Jumaat.

Dato Sri Lee Kim Shin semasa melakukan lawatan tapak. Foto: TVS.

Projek Jejantas Tudan itu menelan kos RM7.677 juta telah dibina oleh kontraktor Technicorps Sdn Bhd.

Projek berkenaan dibina atas permintaan warga SK Tudan sejak 2016 bagi memudahkan pergerakan para guru, ibu bapa, anak murid serta penduduk di perumahan berdekatan sekitar kawasan Tudan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan