Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan air melimpah di tempat letak kenderaan di Hospital Umum Sarawak ketika banjir kilat melanda Kuching, pertengahan Mac lalu. Foto: Warga Kuching.

Penghadang banjir antara isu berbangkit untuk dipasang di HUS

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 April: Pemasangan penghadang banjir merupakan antara isu berbangkit untuk dilaksanakan di Hospital Umum Sarawak (HUS), kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Penyediaan kemudahan itu katanya dalah insiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan banjir kilat yang melanda bandar raya Kuching pada 18 Mac lalu termasuk HUS.

“Saya ada melawat beberapa unit yang perlu diberi perhatian dengan kadar segara.

“Berdasarkan unit yang saya lawat, antara keperluannya adalah kayu palet bagi menampung ketinggian tempat meletakkan ubat-ubatan di stor ubat,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Umum Sarawak pada Sabtu.

Baca artikel berkaitan > > > Hospital medan akan dibina di HUS bagi elak kesesakan – Lukanisman

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada pihak pengurusan KKM untuk melakukan tindakan segara bagi perkara ini.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa ia akan dilaksanakan pada bulan ini kerana ia melibatkan peruntukan.

“Penghadang ini hanya merupakan satu peralatan yang pasang siap yang hanya perlu diproses seperi perolehan. Anggaran bagi kos projek ini adalah sebanyak RM300,000,” katanya lagi.

Dalam masa sama mengulas mengenai isu mogok, beliau berkata setakat ini pihak KKM tidak mendapat sebarang maklumat akan pengumuman melalui perkara tersebut namun hanya diperoleh melalui muat naik di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan