Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian (kiri) berjabat tangan dengan Kaunselor Tan Kai (kanan), Pengerusi MPP yang baharu pada majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MPP sesi 2023-2025. Foto: TVS.

Kerjasama MPP, agensi kerajaan lestari kawasan seliaan – Tan Kai

ByRegina Lee

KUCHING, 1 April: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) baharu, Kaunselor Tan Kai optimis untuk bekerja rapat dengan agensi kerajaan berkaitan untuk menangani masalah yang ada di kawasan seliaan.

Tambahnya, pembangunan perbandaran yang meningkat serta perubahan iklim turut menjadi salah satu cabaran di bawah tanggungjawab MPP, selain daripada menangani isu penyelenggaraan sedia ada.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Dana bangunkan Padawan akan diteruskan – Dr Sim
  2. 2. 32 orang Ahli MPKS angkat sumpah pelantikan semula

“Selain daripada perkhidmatan konvensional seperti kutipan sampah, pemotongan rumput, pembersihan saliran, tampalan lubang periuk, penyelenggaraan pasar dan taman penciptaan semula, kami menghadapi cabaran baharu seperti kesesakan lalu lintas dan banjir kilat akibat pembandaran yang pesat dan perubahan iklim.

“Ini adalah masalah yang bukan sahaja terlalu besar untuk dikendalikan oleh majlis semata-mata, tetapi juga di luar kuasa dan keupayaan majlis untuk berbuat sendirian.

“Walau bagaimanapun, MPP perlu berani untuk menyahut cabaran, menangani masalah dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli MPP sesi 2023-2025 sebagai pengerusi MPP yang baharu di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama beliau turut berkongsi visi MPP yang baharu, antaranya ialah untuk menekankan ‘jarak sifar’ antara majlis dan penduduknya, terus menaik taraf tempat pelancongan untuk menjadikan MPP sebagai destinasi paling menarik untuk pelancongan dan menyediakan perkhidmatan mesra perniagaan untuk kemakmuran perniagaan serta melindungi alam sekitar.

Tambahnya lagi, visi itu selaras dengan inisiatif kerajaan Sarawak dalam pelan pembangunan pasca COVID-19 ke arah tahun 2030 iaitu untuk mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia.

Ia juga untuk memenuhi pelan pembangunan ‘Greater Kuching’ bagi mencapai status ‘Greater Kuching’, ‘Sihat’ dan ‘Bandar Pintar’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan