Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni. Foto TVS.

Hospital medan akan dibina di HUS bagi elak kesesakan – Lukanisman

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Apr: Sebuah hospital medan bakal dibina di Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan kapasiti boleh menampung hampir 86 buah katil bagi mengelakkan kesesakan pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, ia merupakan usaha jangka pendek bagi menangani kesesakan yang berlaku di HUS seperti mana yang telah dilaksanakan di Miri dan Sibu.

“Proses tender akan dijalankan dan HUS merupakan satu-satunya hospital serantau di Sarawak. Kapasiti bandar raya Kuching yang besar sudah tentu memerlukan perkhidmatan yang terbaik.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencuba sedaya upaya dalam membina fasiliti kesihatan seperti Hospital Petra Jaya sekali gus beberapa buah klinik kesihatan yang juga siap dibina dan boleh beroperasi dalam waktu yang terdekat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Umum Sarawak pada Sabtu.

Baca artikel berkaitan > > > Penghadang banjir antara isu berbangkit untuk dipasang di HUS

Mengulas lanjut berhubung penambahbaikan fasiliti dan perkhidmatan terbaik, Lukanisman berkata akan mengusulkan cadangan dan idea ekoran di sini operasi yang terhad.

“Operasi di Sarawak bukan hanya terhad di atas jalan tetapi kita masih memerlukan dana untuk menggerakkan pakar perubatan keluar bandar.

“Contohnya, kita mempunyai pakar di HUS tetapi kita perlu menyediakan perkhidmatan sebegini ke Sibu, Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas. Ada kalanya mereka (pakar perubatan) ini perlu dihantar ke luar bandar untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit di luar bandar.

“Sarawak masih memerlukan dana bagi operasi ini berbanding dengan Semenanjung Malaysia iaitu kepakaran sebegini mudah untuk didapati,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Lukanisman juga menambah penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan Awam dan kertas putih akan dibentang yang disasarkan pada sesi persidangan parlimen penggal kedua yang akan bermula 22 Mei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan