Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 9 | Resipi Vietnamese Chicken & Smoothie Pisang dan Kurma

ByTVS

Aroma Sungkei Episod 9 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Jumaat (31 Mac).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Vietnamese Chicken & Smoothie Pisang dan Kurma. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!

1. Vietnamese Chicken

Bahan-bahan:

500g ayam

1 biji bawang besar

10g cili giling

1 inci halia

4 batang serai

4 sudu besar sos ikan

2 sudu kecil lada hitam

100 g cili padi

50 g daun sup dan bawang

Garam

Gula

Cara memasak:

Mayang halus bawang besar, bawang merah, serai, kesemua cili dan halia

Tumiskan

bahan yang dimayang halus

Masukkan lada hitam

Tunggu sehingga naik bau Masukkan ayam & tunggu seketika

Masukkan sos ikan & biarkan masak

Sedia dihidang

 

Smoothies Pisang & Kurma

Bahan-bahan:

3 biji pisang

1 cawan susu badam

7 biji kurma

4 sudu gula perang

 

Cara membuat:

Masukkan kurma dicarik, segelas susu badam

Masukkan pisang & sedikit gula

Kisar sehingga halus

Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan