Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli-ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menganglat sumpah hari ini. Foto: TVS

Ahli Majlis MBKS, barisan hadapan kerajaan dekati masyarakat

KUCHING, 1 April: Ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berada di barisan hadapan dalam mamikul tanggungjawab mewakili Kerajaan Sarawak mendekati masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata peranan Ahli Majlis amat penting ekoran khidmat mereka menjadikan bandar raya semakin baik.

 

Datuk Wee Hong Seng mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk penggal ketiga dari 2023 hingga 2025. Foto: TVS

“Anda mempunyai 2 peranan yang sangat penting. Salah satunya adalah perkhidmatan perbandaran dan satu lagi mengenai lampu jalan. Walaupun lampu jalan adalah dibawah SESCO tetapi orang awam selalu memanggil Majlis kerana pandangan terhadap elektrik di bandar. Tetapi tidak mengapa, kerana pada orang ramai, sama ada majlis tempatan atau SESCO, ia adalah kerajaan Sarawak dan anda adalah sebahagian daripada kerajaan Sarawak,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar Dan Ahli – Ahli Majlis MBKS 2023 pada Sabtu.

 

Ahli-ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengangkat sumpah hari ini. Foto: TVS

Tambah beliau lagi, ahli-ahli majlis tersebut juga turut terlibat dalam membuat dasar dan peraturan tempatan yang sejajar dengan dasar kerajaan Sarawak.

Dalam majlis tersebut juga, Datuk Wee Hong Seng telah mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk penggal ketiga dari 2023 hingga 2025.

Untuk rekod, Datuk Wee Hong Seng menggantikan Datuk James Chan Khay Syn, yang memegang jawatan itu dari Jun 2008 hingga Ogos 2019.

Datuk Wee Hong Seng mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk penggal ketiga dari 2023 hingga 2025. Foto: TVS

Turut memperbaharui sumpahnya ialah Hilmy Othman Sebagai Timbalan Datuk Bandar MBKS.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan 29 Ahli Majlis mengangkat sumpah termasuk 17 muka baharu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Michael Tiang Ming Tee, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, Setiausaha Tetap MPHLG, Elizabeth Lo dan Pemangku Setiausaha Bandar, Zainab Marzali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan