KOTA SAMARAHAN, 1 April: Seramai 32 orang Ahli Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengangkat sumpah pelantikan semula bagi tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2025, pada Sabtu.
Upacara yang disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian diadakan di Ruang Legar Perpustakaan Majlis Perbandaran Kota Samarahan, di sini.
Majlis menyaksikan Kaunselor baharu merangkap Timbalan Pengerusi Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Abdul Muttalib Julaihi yang terdahulu juga merupakan salah seorang ahli majlis menggantikan Kaunselor Zol Nono.
Baca artikel berkaitan:
- 1. Dana bangunkan Padawan akan diteruskan – Dr Sim
- 2. Kerjasama MPP, agensi kerajaan lestari kawasan seliaan – Tan Kai
Manakala Pengerusi Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan masih diketuai oleh Dato Peter Minos.
Majlis kemudian turut menyaksikan penyerahan sijil kepada mantan ahli-ahli majlis.
Turut hadir bersama, Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPJ) Chang Ching. – TVS