Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM melakukan pemantauan di SK RC Kubong dan Kampung Tegarai. Foto: APM Limbang.

SK RC Kubong dan Kampung Tegarai di Limbang dinaiki air

LIMBANG, 31 Mac: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang mengadakan pemantauan 12 jam di kawasan yang dinaiki air membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong dan Kampung Tegarai dekat sini petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pemantauan dijalankan di dua kawasan terjejas itu bermula jam 2 petang Khamis hingga 2 pagi awal hari ini.

Anggota APM melakukan pemantauan di SK RC Kubong dan Kampung Tegarai. Foto: APM Limbang.

“Hanya dua kawasan yang dipantau dinaiki air iaitu SK RC Kubong yang dinaiki air setinggi lapan inci dan Kampung Tegarai sedalam tiga inci.

“Kampung Batu Lapan di kawasan berhampiran tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Kata Mirwan lagi pemantauan dilakukan di sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) khusus di kawasan yang berisiko dinaiki air susulan hujan lebat petang kelmarin.

Empat anggota membabitkan sebuah kenderaan APM terlibat dalam pemantauan MTL itu.

Beliau turut menasihati penduduk untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika keadaan tidak selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan