Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dan Pengarah PIBAKAT, Zaidi Ahmad bergambar bersama yang lain selepas menyempurnakan program ‘Sentuhan Kasih’ di PIBAKAT, Kuching pada petang tadi. Foto TVS.

‘Sentuhan Kasih’ IPD Kuching dekati anak istimewa di PIBAKAT

KUCHING, 31 Mac: Prihatin terhadap kanak-kanak istimewa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching  mendekati mereka menerusi program ‘Sentuhan Kasih’ di sini.

Program julung kali diadakan itu dijayakan dengan kerjasama  Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Pertubuhan Ibu Bapa, Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT).

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, program berkenaan merupakan acara lanjutan daripada aktiviti tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh IPD Kuching pada tahun lalu di samping memberikan sumbangan berbentuk sokongan sosial kepada pusat-pusat kebajikan yang memerlukan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak PIBAKAT pada program ‘Sentuhan Kasih’ di PIBAKAT, Kuching pada petang tadi. Foto TVS.

“Hari ini sempena Hari Polis Ke-216, kita melancarkan program ‘Sentuhan Kasih’ lanjutan daripada program yang kita lakukan tahun lepas. Objektif program ‘Sentuhan Kasih’ ini adalah agar semua warga polis IPD Kuching memberikan sumbangan berbentuk sosial untuk membantu golongan yang perlu dibantu khususnya kanak-kanak PIBAKAT.”

“Ia merupakan sebahagian tanggungjawab sosial warga polis yang bukan sahaja melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras jenayah dan mengekalkan keselamatan tetapi tetapi turut menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program ‘Sentuhan Kasih’ di PIBAKAT, Kuching pada Jumaat.

Tambahnya, seramai 35 anggota pegawai polis telah terlibat dalam program berkenaan bagi membantu mengindahkan kawasan di PIBAKAT.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak PIBAKAT pada program ‘Sentuhan Kasih’ di PIBAKAT, Kuching pada petang tadi. Foto TVS.

“Kita berharap program yang telah dilakukan beberapa hari lepas yang melibatkan 35 anggota iaitu kita membantu untuk mengindahkan tempat ini bermula dari pusat dobi, tempat pastri dan beberapa tempat lain.”

Ini kali pertama kita memutuskan PIBAKAT dipilih sebagai tempat bagi kesinambungan program ‘Sentuhan Kasih’. Pada tahun lepas, kita mengindahkan dan memperbaiki satu rumah yang usang di Kampung Buntal dan hari ini kita mengadakan program ini di PIBAKAT,” katanya lagi.

Majlis turut menyaksikan sumbangan daripada pihak IPD Kuching kepada ahli PIBAKAT serta penyampaian cenderahati daripada pihak IPD Kuching kepada Pengarah PIBAKAT, Zaidi Ahmad.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan