Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
E-Skuter Beam merupakan inisiatif kelestarian kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak. Foto: TVS.

Pelajar UiTM Sarawak naik skuter elektrik ke kuliah, jaga kelestarian alam sekitar

KOTA SAMARAHAN, 31 Mac: Penggunaan skuter elektrik Beam (E-Skuter Beam) dalam kalangan pelajar dan kakitangan di kampus merupakan inisiatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak ke arah kelestarian alam sekitar.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata, penggunaan E-Skuter Beam juga antara inisiatif pihaknya untuk menjaga kualiti perkhidmatan khususnya pergerakan pelajar dalam kampus.

“Ini merupakan antara inisiatif kita untuk memastikan kualiti perkhidmatan dalam kampus terutamanya bagi meningkatkan pergerakan pelajar di dalam kampus.”Kita juga ingin selaraskan inisiatif ini dengan apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri terutamanya inisiatif Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) untuk memastikan kita sentiasa maju dalam mengikuti teknologi digital.”Sebenarnya, banyak lagi inisiatif yang kita akan laksanakan sepanjang tahun ini,” katanya kepada media selepas melancarkan E-Scooter Micro Mobility UiTM Cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi pelajar pula, masing-masing merasakan dengan adanya E-Skuter Beam akan memudahkan mereka untuk ke kuliah.

Profesor Datuk Dr Jamil Hamali menaiki skuter elektrik Beam pada majlis pelancarannya di Kota Samarahan, hari ini. Foto: TVS.

“Saya rasa E-Skuter Beam ini memudahkan pergerakan di dalam kampus sebab kadang-kadang kelas jauh. Jadi boleh menaikinya untuk turun ke kelas,” kata seorang pelajar, Grace Mellinnia Libin.

“E-Skuter Beam memudahkan pelajar di dalam kampus ini. Contohnya, pelajar boleh menggunakannya apabila kelas jauh. Mereka juga boleh menggunakannya untuk bersiar-siar di kawasan kampus,” kata seorang lagi pelajar, Vanessa Eve Samson.

“Bagi saya, E-Skuter Beam ini memudahkan para pelajar untuk pergi ke kelas sebab kawasan kampus ini besar dan ia pastinya menyenangkan pelajar,” kata Muhammad Nur Adden Nasran Muhammad Iskandar.

Profesor Datuk Dr Jamil Hamali pada majlis pelancaran E-Scooter Micro Mobility di Kota Samarahan, hari ini. Foto: TVS.

UiTM Cawangan Sarawak merupakan kampus ketiga yang mula memperkenalkan E-Skuter Beam ini selepas diperkenalkan di UiTM Cawangan Perak.

Sebanyak 150 unit E-Skuter Beam akan mula beroperasi di kedua-dua buah kampus dengan 90 di Kampus Samarahan, manakala 60 unit lagi berada di Kampus Samarahan 2. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan