Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lukanisman ketika bercakap kepada pemberita semasa ditemui selepas Program Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (Peka B40) Peringkat Daerah Bau di Dewan Suarah Bau pada Jumaat. Foto TVS.

Bina klinik kesihatan jenis tiga (KK3) di Bau, tampung kesesakan hospital di sini – Lukanisman

BAU, 31 Mac: Daerah Bau akan dilengkapi sebuah klinik kesihatan jenis tiga (KK3) sebagai alternatif mengurangkan kesesakan dan menampung peningkatan kapasiti pesakit di Hospital Bau.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata ketika ini pihaknya sedang melihat kepada proses perolehan tanah dan lokasi yang dicadangan.

Menurutnya,  langkah pendek dan panjang yang diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut melibatkan pengambilalihan beberapa bangunan sedia ada sebagai fasiliti tambahan perkhidmatan rawatan di hospital berkenaan.

“Untuk Hospital Bau ini Datuk Henry Harry Jinep menyatakan bahawa Pejabat Daerah akan dikosongkan dan cadangan kita mungkin mengeluarkan klinik kesihatan supaya dapat beroperasi di tempat yang baharu.

“Maka hospital akan dapat dikurangkan kesesakannya ia bukan seperti kesesakan yang berlaku di bandar tetapi perkhidmatan menunggu tersebut mengakibatkan rasa tidak selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (Peka B40) Peringkat Daerah Bau di Dewan Suarah Bau pada Jumaat.

Terdahulu Lukanisman melakukan sesi libat urus dan lawatan bersama pegawai kerajaan negeri ke Hospital Bau yang turut membincangkan isu kesesakan dan naik taraf fasiliti klinik kesihatan serta pejabat kesihatan daerah tersebut.

Hospital Bau yang berusia lebih 30 tahun itu kini mempunyai 68 katil dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terhad kepada lebih 70, 000 penduduk bau dengan hanya 14 doktor kesihatan awam.

Sementara pesakit yang memerlukan perkhidmatan doktor pakar di Bau akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) yang terletak sejauh 52 kilometer daripada pusat daerah berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan