Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap kepada TVS selepas menghadiri mesyuarat di Parlimen hari ini. Foto TVS.

Sarawak terus usaha tarik FDI dan DDI – Awang Tengah

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Sarawak terus berusaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) bagi memacu pertumbuhan ekonominya, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, bagi tahun ini, Kerajaan Sarawak turut meninjau peluang untuk membawa masuk pelaburan berkualiti menerusi beberapa siri lawatan ke luar negara.

“Kita ke Jepun, Australia dan Korea Selatan, banyak syarikat (di negara – negara berkenaan) menunjukkan minat mereka untuk melabur di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di Parlimen, hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh rakan sejawatnya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak berkata, selain FDI, Sarawak juga berhasrat untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung domestik (DDI).

“Kita berusaha dan banyak syarikat yang menunjukkan minat untuk melabur, mereka datang berjumpa kita (Kerajaan Sarawak),” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, ketika pandemik COVID-19 sekitar tiga tahun lepas, landskap pelaburan Sarawak terus berdaya tahan.

“Kita bersyukur kerana berjaya menerima pelaburan lebih RM20 bilion walaupun berdepan dengan cabaran.

“Saya fikir ketika itu, kita tertinggi menerima FDI,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan