Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: TVS

RADDA rancang laksana 65 projek pembangunan di Lembah Rajang – Len Talif

ByAkma Salleh

KUCHING, 30 Mac: Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) mengenal pasti sejumlah 65 projek pembangunan bernilai RM1.515 bilion yang bakal memberi impak positif kepada rakyat di Lembah Rajang.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, kesemua projek tersebut telah dibentangkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

“Kesemua projek akan dilaksanakan dalam masa terdekat.”

“Ini merangkumi bahagian Sarikei, kemudian Mukah dan juga sebahagian daripada daerah Sibu bermakna lebih kurang setengah juta penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek ini.”

“Secara prinsipnya kesemua projek ini telah mendapat kelulusan dan hanya perlu mengajukan senarai projek kepada Setiausaha Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak supaya mereka dapat menilai projek ini secara lebih terperinci,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pada Rabu.

Dalam masa sama, Len berkata projek yag akan dibangunkan itu merangkumi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, perumahan, dan lain-lain keperluan.

“Dalam RADDA, kita mempunyai sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga empat Ahli Parlimen.

“Ini bermakna lebih kurang pembahagian peruntukan akan melibatkan kira-kira RM100 juta untuk sesebuah kawasan. Jadi untuk kawasan Tanjong Manis akan diperuntukkan kira-kira RM300 juta lah,” jelasnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan