Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa yang telah ditemui pada jam 11.26 pagi tadi. Foto: BBP Bintangor

Pesara guru hilang ketika memukat ikan ditemui lemas

JULAU, 30 Mac: Pesara guru yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Sungai Kanowit, Nanga Meluan pada petang Isnin ditemui lemas pagi tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mayat Arim Badok, 70, ditemui kira-kira dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada jam 11.26 pagi Khamis.

Foto: APM Sarikei

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Susulan penemuan itu operasi SAR ditamatkan ,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nicolas, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum ini diperluaskan pada radius tiga kilometer dengan bantuan Polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

Foto: APM Sarikei

Kehilangan lelaki warga emas itu disedari rakannya yang turut berada bersama mangsa ketika kejadian.

Rakannya sempat melihat mangsa berpaut pada baldi pada jarak kira-kira 30 meter sebelum hilang.

 

Foto: APM Sarikei

Rakan mangsa turut berusaha mencari mangsa namun gagal sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan