Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Bernama.

Parlimen: JKM tidak sewenangnya hentikan bantuan kebajikan – Nancy

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneliti pelbagai faktor sebelum menamatkan bantuan kebajikan yang diberikan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sekiranya JKM mendapati terdapat anak penerima telah bekerja, pihaknya akan turut melihat aspek lain.

Kata beliau, bantuan akan diteruskan sekiranya pendapatan yang diterima masih belum mampu menanggung keluarga mereka.

“Namun demikian, saya ingin menjelaskan bahawa bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bersifat sementara bukan untuk tanggung mereka, sekiranya kehidupan lebih baik, maka tidak perlu lagi terima,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wetrom Bahanda (KDM – Kota Marudu) yang ingin tahu kaedah penilaian digunakan JKM sebelum menamatkan bantuan kebajikan bagi anak penerima yang bekerja namun pendapatan masih kecil.

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan kerajaan telah menaikkan kadar bantuan pada 2021.

Jelasnya, antara yang ditambah ialah bantuan kanak – kanak,  warga emas, elaun pekerja orang kurang upaya (OKU), bantuan OKU tidak berupaya bekerja dan pesakit kronik.

“JKM telah menyalurkan bantuan mencecah RM2.4 bilion pada tahun lepas kepada 533 167 penerima di seluruh negara,” katanya.

Pada masa sama, Nancy menjelaskan, pihaknya mengesan peningkatan permohonan bantuan dengan kemuncaknya pada 2020 dan 2021 ketika penularan COVID-19.

“Pada tahun lepas, JKM menerima sebanyak 148 699 permohonana baharu dan jika trend ini terus berlarutan, ia akan memberi beban kepada kewangan negara pada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, beberapa program dilaksanakan JKM berjaya mengeluarkan penerima daripada kepompong kemiskinan.

“Pada tahun lepas, seramai 4,921 org penerima bantuan telah berdikari dan hampir 3,000 penerima juga tidak lagi memerlukan bantuan kerajaan pada 2021,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan