Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: TVS.

Kedatangan pelancong ke Sarawak bantu pulih ekonomi PKS

ByDayu Adruce

KUCHING, 30 Mac: Peningkatan kedatangan pelancong ke Sarawak turut merangsang pertumbuhan ekonomi negeri ekoran industri pelancongan merupakan sektor penting ekonomi Malaysia.

Pakar Ekonomi, University College i-Cats, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor juga mengakui kedatangan pelancong ke negeri ini juga mengorak langkah dalam memulihkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan mikro tempatan yang terjejas berikutan penularan COVID-19 sebelum ini.

Menurutnya, sektor pelancongan di Sarawak didapati majoriti melibatkan penduduk tempatan seperti perniagaan kedai makan, pengangkutan awam dan inap desa.

“Pelancong yang datang semestinya memerlukan keperluan asas seperti tempat penginapan, makanan, minuman, pengangkutan dan sebagainya.

“Justeru itu, secara tidak langsung pelancong yang datang ke Sarawak akan menggunakan khidmat penduduk tempatan,” katanya kepada TVS pada Rabu.

Tambahnya lagi, pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak untuk menarik minat pelancong datang ke Sarawak.

Usaha tersebut ujarnya mampu meningkatkan sektor pelancongan di Sarawak sekali gus membantu para PKS khususnya untuk menjana pendapatan.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menyasarkan sebanyak tiga juta kemasukan pelancong pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew optimis sasaran itu mampu dicapai bedasarkan dengan trend kemasukan pelancong terkini.

Sebastian juga yakin sasaran tersebut dapat dicapai melihat kepada peningkatan jumlah pengunjung yang mencecah 600,000 dalam dua bulan pertama 2023 berbanding Disember tahun lepas dengan 420,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan