Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menerima kunjungan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Menteri

UKAS dan J-KOM kerjasama pertingkat keharmonian, perpaduan kaum – Abdullah

ByAkma Salleh

KUCHING, 29 Mac: Kerjasama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) amat penting dalam memastikan masyarakat membenci dan menghindarkan sebarang bentuk tindakan atau aktiviti berbaur perkauman.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol yang berkata demikian menambah, kerjasama itu turut menyentuh tentang betapa mustahaknya menjaga sensitiviti budaya, kaum dan agama di Sarawak yang terkenal dengan keharmonian.

Kerjasama J-KOM-UKAS pertingkat keharmonian, perpaduan.

Beliau berkata, ini merupakan perkara utama yang dibincangkan menerusi pertemuan dengan Ketua Pengarah J-Kom Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. 

Agus kemudiannya mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya. Abdullah turut serta dalam kunjungan hormat berkenaan.

“Dalam pertemuan tersebut, Premier (Abang Johari) ada menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa imigresen bagi menyekat sesiapa yang cenderung ke arah amalan atau budaya politik melampau sehingga boleh menimbulkan elemen kebencian atau buruk sangka yang mampu menjejas keharmonian masyarakat Sarawak berbilang kaum,” katanya.

Dalam pertemuan beliau dengan Agus, Abdullah turut membangkitkan tentang tindakan beberapa anggota Kabinet Persekutuan yang tidak memaklumkan kedatangan mereka ke Sarawak dengan rakan sejawat dalam Kabinet Sarawak.

“Lawatan mereka ke beberapa kawasan juga tidak memaklumkan wakil rakyat kawasan berkenaan,” ujarnya.

Beliau memohon agar tindakan sedemikian dielakkan pada masa hadapan untuk memastikan semangat sebuah Kerajaan Perpaduan benar-benar dijiwai.

“Tindakan beberapa pemimpin parti politik dari Semenanjung terutama dari kalangan komponen parti berkaitan secara langsung dengan Kerajaan Persekutuan yang ‘diam-diam’ mengadakan program kemasyarakatan tanpa penglibatan wakil rakyat setempat telah menimbulkan kecurigaan.

“Ini tidak selari dengan ciri atau persefahaman dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan atau Madani,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan