Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Audrey Elizabeth Hale bersenjata senapang separa automatik di sekolah Kristian. Foto: Reuters

Tembakan rambang di sekolah, enam maut di Nashville

ByReuters

Nashville (Amerika Syarikat), 29 Mac: Seorang wanita berperwatakan lelaki bersenjata senapang separa automatik menembak tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan pada Isnin (27 Mac) di sebuah sekolah Kristian.

Polis Nashville berkata individu berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Audrey Elizabeth Hale bertindak memecah pintu sekolah dengan menembak untuk memasuki sekolah tersebut.

Katanya individu itu memakai jaket hitam, kemeja putih dan topi besbol merah sambil mengacukan senapang separa automatik.

“Hale juga telah melukis peta secara terperinci sekolah itu, termasuk pintu masuk untuk bangunan itu dan meninggalkan ‘manifesto’ dan tulisan lain,” kata Ketua Polis John Drake kepada pemberita.

Pada tahun lepas menyaksikan 303 kejadian tembakan di sekolah tersebut yang tertinggi dalam sejarah yang berlaku sejak 1970.

Motif tembakan masih belum dikenalpasti, pihak polis juga masih meneruskan siasatan kes tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan