Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew memberi sumbangan kepada penduduk semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan 2023 di Masjid Kampung Pulau Melayu semalam. Foto: TVS

Sarawak sasar tiga juta pengunjung pada 2023

MIRI, 29 Mac: Kementerian Pelancongan, Industri dan Seni Persembahan menyasarkan tiga juta kemasukan pelancong pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew Yang optimis sasaran itu mampu dicapai berdasarkan dengan trend kemasukan pelancong terkini.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa berbuka puasa bersama penduduk pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan 2023 di Masjid Kampung Pulau Melayu semalam. Foto: TVS

Beliau yakin sasaran tersebut dapat dicapai berdasarkan kepada peningkatan jumlah pengunjung yang mencecah 600,000 dalam dua bulan pertama 2023 berbanding Disember 2022 dengan 420,000.

“Orang Brunei sudah boleh datang ke sini, kita pun ramai ke Brunei, senang sikitlah. Jadi saya fikir lebih ramai orang datang ke sini. Bulan Disember tahun lepas, ada 420,000 orang masuk Sarawak. Itu dari Brunei dan Indonesia,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan Ramadan 2023 di Masjid Kampung Pulau Melayu di sini, semalam.

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bergambar bersama penduduk  pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan 2023 di Masjid Kampung Pulau Melayu semalam. Foto: TVS

Dalam pada itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 71 penerima yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), anak-anak yatim dan balu dari Kampung Pulau Melayu berupa barangan keperluan asas.

Sebastian  meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk Kampung Pulau Melayu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan