Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba, polis dan penduduk kampung berbincang bagi mencari seorang pesara guru dikhuatiri lemas di Sungai Kanowit dekat Sarikei pada malam tadi. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pesara guru dikhuatiri lemas selepas hilang ketika pasang pukat

SARIKEI, 29 Mac: Seorang pesara guru dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memasang pukat di Sungai Kanowit, Nanga Meluan dekat sini malam tadi.

Kehilangan Arim Badok, 70, disedari rakannya yang turut berada bersama mangsa ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba, Nicholas Belulin berkata, lelaki berusia 71 tahun itu, sempat melihat mangsa berpaut pada baldi pada jarak kira-kira 30 meter sebelum hilang.

“Dia kemudian cuba mencari dan mendapatkan mangsa tetapi gagal. Akhirnya, dia menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, BBP Bintangor menerima panggilan kejadian pada 9.21 malam sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian di atas permukaan air namun, gagal menjejaki mangsa.

“Operasi yang turut dibantu penduduk kampung dengan menggunakan tiga bot panjang ini terpaksa ditangguhkan akibat keadaan persekitaran yang gelap dan hujan,” katanya.

Operasi SAR bersambung hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan