Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail ketika lawatan Lukanisman Awang Sauni ke sebuah Klinik Kesihatan Bako, Sarawak. Foto TVS.

Parlimen: KKM kaji lanjut tempoh perkhidmatan klinik kesihatan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan beberapa klinik kesihatan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, kajian mengenai lanjutan itu dibuat berdasarkan keperluan tertentu dan pelbagai aspek perlu diteliti sebelum perlaksanaannya.

Kata beliau, ini termasuk tambahan kakitangan serta pembayaran elaun tertentu bagi membolehkan petugas terlibat dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Selain itu, kita juga mengambil kira isu burn out  dalam kalangan pekerja kesihatan dan langkah-langkah yang lebih proaktif akan dilaksanakan oleh KKM bagi meningkatkan kapasiti kakitangan.

“Namun demikian, peningkatan kapasiti kakitangan ini memerlukan perbincangan yang teliti dan juga kelulusan kerajaan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meluluskan penjawatan yang bersesuaian,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (Perikatan Nasional – Kuala Kedah) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk membawa masuk lebih ramai petugas KKM bagi mengatasi masalah burn out  pasca waktu operasi.

Menurut Lukanisman, ketika ini, satu projek khusus sedang dilaksanakan di bawah Ketua Setiausaha Negara, iaitu Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) membabitkan projek rintis di klinik botani.

Pada masa sama, beliau menambah, pihaknya akan mengenal pasti langkah-langkah ke hadapan terutamanya bagi hospital-hospital yang mengalami masalah kesesakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan