Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menyasarkan untuk wartakan satu juta hektar tanah menjelang 2025. Foto TVS.

Parlimen: Kaji tambahan insentif kepada negeri laksanakan pemuliharan hutan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersedia meningkatkan bayaran insentif kepada kerajaan negeri yang melaksanakan pemuliharaan hutan untuk tujuan karbon kredit.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, komitmen itu telah dibuktikan menerusi tambahan peruntukan dalam Belanjawan 2023 apabila agihan ditambah kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada 2021 dan 2022.

Kata beliau, Kerajaan Persekutuan memahami kawasan hutan mempunyai nilai yang besar kepada pendapatan kerajaan negeri.

“Dalam usaha kerajaan untuk kekalkan komitmen Malaysia pada Sidang Kemuncak Bumi 1992 di Rio de Janeiro, Brazil untuk mengekalkan 50 peratus keluasan hutan Malaysia, pada 2019  peruntukan Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) sebanyak RM60 juta juga telah diagihkan kepada kerajaan negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Perikatan Nasional – Pasir Mas) yang ingin tahu langkah diambil Kerajaan Persekutuan bagi mengiktiraf usaha kerajaan negeri yang melaksanakan pemulihan hutan.

Nik Nazmi berkata, kementeriannya sedia berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menambah peruntukan pemberian insentif berkenaan kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, bagi membantu negara ke arah mencapai aspirasi sifar bersih seawal-awalnya pada 2050, kerajaan sedang membangunkan Pelan Hala Tuju dan Tindakan Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap and Action Plan) dan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (LT-LEDS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (Barisan Nasional), Pelan Hala Tuju dan Tindakan NDC akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan sehingga 2030 dan memastikan inisiatif perubahan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Di samping itu, LT- LEDS akan memberikan strategi jangka panjang negara termasuk keutamaan pembangunan, wawasan serta hala tuju pembangunan akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan