Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah di Centre for Digital Futures dan Ketua ICT, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Prof Dr Patrick Then.

Ekosistem industri yang baik membawa limpahan ekonomi – Ahli akademik

ByRegina Lee

KUCHING, 29 Mac: Pembuatan bahan semikonduktor dan mikrocip dijangka mampu membawa limpahan ekonomi kepada Sarawak apabila sektor berkenaan mewujudkan ekosistem yang baik.

Pengarah Centre for Digital Futures dan Ketua ICT, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Profesor Dr Patrick Then berkata pembangunan ekosistem industri semikonduktor merupakan satu usaha terbaik dan akan dapat memberi manfaat sosioekonomi yang besar kepada Sarawak.

Baca artikel berkaitan >>>>> Kerajaan komited dalam menjayakan usaha pendigitalan Sarawak – Abang Johari

“Rakyat Sarawak akan menikmati pendapatan dan kualiti hidup lebih tinggi serta lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi bakal diwujudkan untuk graduan dari institusi pengajian tinggi,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Ekosistem industri yang baik bawa limpahan ekonomi.

Beliau diminta mengulas mengenai pemeteraian Perjanjian Perkhidmatan Rangka Kerja antara Sarawak Microelectronics Design Semiconductor Sdn Bhd (SMD) dengan syarikat dari Jerman, X-FAB Global Services untuk menyediakan perkhidmatan reka bentuk cip.

Majlis pada Isnin lepas itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menerusi perjanjian itu, SMD akan memberikan reka bentuk cip kepada XFAB untuk membangunkan silicon IP terbaharu XFAB untuk pemindahan proses nod teknologi mereka.

Aktiviti itu juga seiring dengan rancangan pembesaran X-FAB di Samajaya untuk meningkatkan pengeluaran faundri daripada 30,000 kepada 40,000 wafer sebulan menjelang 2025.

Patrick berkata lagi, kerjasama antara SMD dan X-FAB dapat menerajui Sarawak dan Asia Tenggara dalam ekosistem berteknologi tinggi serta industri semikonduktor.

Pada masa sama, ia akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak untuk jangka masa panjang.

“SMD boleh menjadi asas kepada ekonomi digital Sarawak yang menarik lebih banyak pelaburan asing dan memberikan lebih banyak eksport berteknologi tinggi,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan