Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ayam panggang pasu yang dijual oleh Anizan di Bazar Ramadan di Desa Ilmu. Foto: Yazid Ibrahim (TVS).

Ayam panggang dalam pasu bunga, isinya lebih beraroma

ByYazid Ibrahim

KOTA SAMARAHAN, 29 Mac: Keunikan kaedah memanggang ayam di dalam pasu bunga yang pernah menjadi fenomena di Semenanjung mencetus idea buat Anizan Hussein membuka perniagaannya di Taman Samarindah, di sini.

Pesara askar yang berusia 53 tahun itu telah memulakan perniagaannya pada 2017 lalu di depan kediamannya sebagai sumber pendapatan.

Menurutnya beliau mula menetap di Sarawak sejak 1995 dalam berkhidmat sebagai Askar Melayu di Kem Tentera Semenggok, berkahwin dengan rakyat Sarawak dan membuat keputusan untuk bermastautin tetap di sini.  

Bersempena Ramadan ini, konsep perniagaannya yang unik itu dibawakannya untuk meraih rezeki untuk berniaga di bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan pada tahun ini.

“Sambutan daripada pelanggan pada bulan Ramadan sangat luar biasa berbanding hari biasa, kalau bulan puasa saya akan jual 40 hingga 60 ekor ayam manakala hari biasa hanya 20 ekor sahaja,” katanya ketika ditemubual TVS.

Ayam panggang pasu yang dijual oleh Anizan di Bazar Ramadan di Desa Ilmu. Foto: Yazid Ibrahim (TVS)

Anak jati Perlis itu mengakui keunikan konsep perniagaannya menjadi daya penarik yang membuatkan jualannya sering laris.

Selain itu, menurutnya proses perapan turut diubah sedikit yang menggunakan rempah perapan berbeza daripada ayam panggang biasa.

Sementara bagi sos pencicah ayam itu pula, katanya mengikut cita rasa orang Sarawak iaitu pelanggannya lebih gemar sos kicap pedas, tetapi di Semenanjung mereka lebih gemar menggunakan kari dan air asam untuk dimakan dengan ayam.

Menjelas lanjut berhubung kelebihan menggunakan pasu untuk memanggang menurut Anizan aromanya sedikit berbeza kerana wap dan haba akan meresap ke dalam isi ayam menjadikan ia tidak seperti ayam panggang atas bara api.

“Rasa ayam lebih berjus dan konsep ayam panggang pasu itu lebih kepada panggang dan kukus,” jelasnya.

Kepada anda yang ingin merasai ayam panggang pasu tempahan boleh dibuat secara pergi terus ke bazar Ramadan Desa Ilmu atau boleh hubungi Anizan di talian 012-8970554. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan