Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyampaikan sumbangan semasa Majlis Jalinan Kasih Yayasan Ragad #kamekprihatin di Kuching, malam tadi. Foto: JaPen

60 pelajar tahfiz terima sumbangan pada Majlis Jalinan Kasih Yayasan Ragad #kamekprihatin

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Mac: Seramai 45 pelajar Madrasah Tahfiz Darul Uloom Falah-e-Darain dan 15 pelajar Madrasah Al-Khairat Kuching menerima sumbangan Ramadan pada Majlis Jalinan Kasih Yayasan Ragad #kamekprihatin pada malam Selasa.

Penyerahan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isterinya yang juga Pengerusi Tetap Yayasan Ragad, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di Astana Negeri Sarawak di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus.

Ketua Operasi Yayasan Ragad, Sarhan Ismail berkata program seumpama ini merupakan inisiatif mereka dalam usaha mewujudkan ‘food bank’ Yayasan Ragad.

“Majlis Jalinan Kasih oleh Yayasan Ragad dengan kerjasama Astana Negeri Sarawak itu menyasarkan pengagihan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira masa.

“Selain itu, ia juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan sektor korporat dan individu agar mereka faham akan konsep, misi dan objektif program #kamekprihatin, sekali gus meraih sokongan daripada pihak terbabit untuk turut serta dalam hasrat yayasan ini mewujudkan ‘food bank’,” ujarnya semasa ditemui pada majlis berkenaan.

Menurut salah seorang pengajar Madrasah Darul Uloom Falah Darain, Muhammad Yusuf, sumbangan berkenaan mampu meringankan beban para penerima.

Sejurus selesai menyempurnakan penyerahan sumbangan, Tun Taib serta Toh Puan Raghad meluangkan masa bersama kira-kira 180 tetamu jemputan menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih berjemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan