Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Esekutif Proton Dr Li Chunrong memperkenalkan X90 sebagai nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertama (NEV) Proton. Foto: Proton

Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya

ByBernama

SUBANG JAYA, 28 Mac: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) hari iniĀ mengumumkan X90 sebagai nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertamanya (NEV).

Model X90 itu adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga ProtonĀ selepas X70 dan X50Ā dan dibangunkan bagi memenuhi segmen premium, moden sertaĀ keluarga.

Ketua Pegawai Esekutif Proton Dr Li Chunrong (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah pada majlis previu X90 untuk media, hari ini. Foto: Proton

Ketua Pegawai Esekutif Proton Dr Li Chunrong berkataĀ kejayaan memperkenalkan X90 juga amat bermakna kerana dibuat ketika sambutan ulang tahun ke-40 Proton selain menjadi permulaan bagi kehadiran lebih banyak model NEV di masa-masa akan datang.

ā€œIni juga seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan generasi akan datang.

ā€œSelain itu, ia juga membuktikan bahawa biarpun selepas empat dekad, Proton masih memainkan peranan utama dalam membangunkan industri automotif tempatan,ā€ katanya pada majlis previu X90 untuk media di sini, hari ini.

SUV X90Ā yang didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana juga ditawarkan dalam enam warna iaitu putih, perak,Ā kelabu, coklat, merah delima dan biru laut.

Model kenderaan elektrik hibrid ringan itu bukan setakatĀ menawarkan ruang dan kebolehgunaan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk,Ā tetapi juga tersedia sebagai enam tempat duduk dengan kerusi individu di barisan kedua.

Nadi kenderaan ini adalah sistem motor elektrik sinergi (EMS) 48V yang inovatif dan mengintegrasikan enam komponen teras,Ā termasuk motor ā€˜belt-starter generatorā€™ (BSG) 48V, pengubah DCDC, bateri lithium-ion 48V, sistem pengurusan bateriĀ dan sistem kawalan modul hibrid.

ā€œBerteraskan rangkaian kuasa dengan sistem EMS 48V dan enjin 1.5L TGDi yang memenangi anugerah, X90 memberi (hentakan)Ā output gabungan 190PS dan 300Nm.

ā€œEMS 48V menyuntik dorongan tambahan 13PS dan 45Nm yang menjadikannya pilihan berkuasaĀ namun menjimatkan bagi pakej SUV tiga barisan. Rangkaian kuasa itu telah menerima penghargaan di pasaran seperti China dan Filipina sertaĀ dipasangĀ dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam yang pantas dan dioptimumkan untuk sistem baharu bagi menghasilkan pengalaman mengemudi yang dinamik, mantap serta lancar,ā€ kata Proton dalam satu kenyataan.

Menurut Proton, sistemĀ berkuasa ini tidak hanya meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan, namun turutĀ memberiĀ kuasa dan tork tambahan untuk prestasiĀ lebih baik.

ā€œIni adalah kenderaan mampan yang menawarkan prestasi luar biasa dengan aspek mesra alam sebagai teras, kemudahan memotong kenderaan lain sertaĀ daya pecutan lancar,ā€ katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton,Ā Roslan Abdullah menyifatkan X90 sebagai paparan komitmen syarikat itu dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunapakai teknologi enjin hijau ke arah menetapkan standard baharu dalam mobiliti kelestarian.

Beliau berkata, hargaĀ Proton X90 tersebut akan diumumkan pada majlis pelancaranĀ rasmi yang dijadualkan dalam masa terdekat ini.

ModelĀ X90 itu akan dipasang di kilang Proton Tanjung Malim bersama denganĀ X50 dan X70. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan