LIMBANG, 28 Mac: Pegawai dan kakitangan Penjara Limbang hari ini mengagihkan 30 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.
Pengarah Penjara Limbang, Penolong Pesuruhjaya Penjara (PKP), Jaafar Timbang berkata program julung kali itu diadakan bukan saja mencari keberkatan Ramadan tetapi berkongsi rezeki dengan menggalakkan amalan bersedekah.
“Lebih istimewa warga Penjara Limbang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai khususnya pengguna jalan utama ke kompleks Penjara Limbang,” katanya kepada media hari ini.
Jaafar berkata program santai Itu berlangsung selama 25 minit bermula jam 3 petang sebelum solat Asar.
Program berkenaan katanya akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan menjadi program tahunan Penjara Limbang setiap kali bulan Ramadan tiba setiap tahun. – TVS