Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail banjir teruk melanda Shah Alam pada Disember 2021. Foto Bernama.

Parlimen: Kerajaan salur bantuan banjir RM844.6 juta tahun lepas

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kerajaan telah membelanjakan RM844.6 juta sebagai bantuan berkaitan bencana banjir di seluruh negara pada tahun lepas, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas – Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan berkenaan disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Ujar beliau, pecahan peruntukan itu merangkumi RM261.4 juta sebagai Bantuan Wang Ihsan (BWI) manakala Bantuan Barang Keperluan Asas (BBKA) pula berjumlah RM487.1 juta.

“Selain itu, peruntukan bantuan bencana bagi Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) pula sebanyak RM84.2 juta,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (Pakatan Harapan – Kluang) yang ingin tahu jumlah yang telah dibelanja bagi operasi penyelamat banjir, bantuan kewangan kepada mangsa serta perbelanjaan lain ketika banjir secara terperinci bagi tahun 2022.

Mengulas lanjut, Wilson Ugak berkata, peruntukan melibatkan bantuan bencana bagi Monsun Timur Laut (MTL) pula ialah sebanyak RM832.8 juta.

“Peruntukan bantuan bencana bagi BWI Luar MTL adalah berjumlah RM9.2 juta dan peruntukan bantuan bencana bagi BBKA Luar MTL pula adalah sebanyak RM2.5 juta,” katanya.

Sementara itu, Wilson Ugak memaklumkan, Selangor merupakan negeri yang menerima bantuan paling tinggi iaitu RM508 juta diikuti Pahang (RM178.4 juta) dan bantuan lebih RM50 juta juga disalurkan ke Kelantan.

“Sarawak pula menerima peruntukan bantuan bencana sebanyak RM8.9 juta manakala tiada sebarang bantuan banjir kepada Perlis pada tahun lepas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan