Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal tangki membawa muatan minyak berjumlah 120,000 liter ditahan di perairan Miri pada Isnin. Foto: APMM Miri.

Maritim Malaysia rampas kapal bawa muatan 120,000 liter diesel, 9 kru ditahan

MIRI, 28 Mac: Sebuah kapal tangki yang membawa muatan diesel sebanyak 120,000 liter bernilai kira-kira RM300,000, dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di perairan Miri, semalam.

Kapal tersebut ditahan Unit Peronda Maritim sekitar 12 tengah hari kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan termasuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sembilan kru warga tempatan dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel, Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut. Foto: APMM Miri.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, kapal tersebut dikesan pada jarak lebih kurang 6.0 batu nautika dari barat laut Kuala Baram.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kapal berkenaan tiada Sijil Petroleum Development Act (PDA), serta disyaki membawa minyak diesel melebihi kuantiti dibenarkan di dalam Borang C.

“Pasukan operasi juga menahan sembilan kru termasuk tekong yang kesemuanya warganegara tempatan berumur 21 hingga 66 tahun didapati sedang belayar dari perairan Baram menuju ke Miri, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tangkapan dan rampasan kemudian diiring masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV), Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, serta Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta bagi individu perseorangan atau RM2 juta bagi pertubuhan perbadanan dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia akan terus komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan di perairan negara dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang, penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negara.

Untuk sebarang aduan serta maklumat berkenaan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan