Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Michael Ronnie Langgong (tengah) mempengerusikan mesyuarat DDC Khas Sarikei. Turut kelihatan Datuk Abdullah Saidol dan Rolland Duat Jubin. Foto: TVS

Kerajaan fokus kelancaran pelaksanaan projek untuk rakyat – Abdullah

SARIKEI, 28 Mac: Kelancaran pelaksanaan projek rakyat merupakan keutamaan Kerajaan Sarawak bagi memastikan keberkesanannya selain memberi impak besar kepada masyarakat.

Komitmen itu direalisasikan melalui perjumpaan membabitkan lebih 40 agensi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian Khas (DDC Khas) di sini, hari ini.

Datuk Abdullah Saidol ketika ditemui media hari ini. Foto: TVS

Mesyuarat dipengerusikan Residen Sarikei, Michael Ronnie Langgong itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin dan semua wakil rakyat di bahagian Sarikei.

Mengulas mengenainya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol berkata, pertemuan itu adalah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan setiap projek dapat dilaksanakan lebih cepat dan efisien.

“Agensi-agensi yang berkaitan termasuklah wakil rakyat memberi idea supaya pentadbiran pengurusan projek ini dapat diperkemaskan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Malah, ia juga merupakan sebahagian pendekatan penting dalam memastikan setiap projek rakyat, sama ada peringkat negeri mahu pun persekutuan dilaksanakan dengan lebih efisien dan sempurna.

“Saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua agensi termasuk pegawai-pegawai mereka dan saya berharap kerjasama dan keakraban ini akan terus berkekalan kerana kesimpulannya semuanya untuk rakyat,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop berkata, melalui perjumpaan itu setiap agensi tidak hanya berpeluang memberi maklum balas tetapi juga mengemukakan pelbagai idea dan pandangan masing-masing.

Malah ujarnya, ia juga salah satu petunjuk betapa agresifnya kerajaan Gabungan Parti Sarawak dalam memastikan setiap projek yang dilaksanakan memenuhi aspirasi rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan