Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) melakukan pemusnahan rampasan bahan bukti narkotik sejumlah 1.1 tan terdiri daripada 356,622 kg syabu dan 757,763 kg ganja. Foto TVS.

BNN Indonesia musnahkan 1.1 tan syabu dan ganja

ByTVS

JAKARTA, 28 Mac: Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) memusnahkan barang bukti narkotik dengan sejumlah 1.1 tan terdiri daripada 356,622 kilogram (kg) syabu dan 757,763 kg ganja.

Semua bukti yang dimusnahkan hasil daripada beberapa kes narkotik membabitkan rangkaian sindiket nasional dan antarabangsa dengan penahanan 15 suspek.

Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) melakukan pemusnahan rampasan bahan bukti narkotik sejumlah 1.1 tan terdiri daripada 356,622 kg syabu dan 757,763 kg ganja. Foto: David Andreas (TVS)

Timbalan Pembasmian BNN, I Wayan Sugiri berkata, narkotik jenis syabu ditemui dalam dua kes dengan 11 suspek dan hasil siasatan ke atas suspek mendapati kesemua barangan itu cuba diseludup masuk ke Indonesia dari sempadan Malaysia.

“Salah satu kes apabila kami melakukan rondaan menggunakan kapal di sekitar Selat Melaka, kemudian menerima laporan, pasukan bergerak mengejar sebuah kapal yang disyaki membawa dadah, ternyata kami menemui ratusan kilogram syabu diseludup,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menemui sebuah bilik mencurigakan iaitu di bawah tangki minyak diesel di sebelah kiri bilik enjin dan menemui 309 beg berisi syabu seberat 319.53 kg.

Bahan bukti syabu diseludup melalui rentas sempedan Malaysia-Indonesia sebanyak 356,622 kg, dibawa masuk 11 saspek menggunakan bot. Foto: David Andreas (TVS)

Seterusnya dalam kes lain pegawai BNN turut merampas 37.42 kg syabu seberat 37.42 kilogram selepas mendapat maklumat mengenai penyeludupan dadah dari Malaysia ke Indonesia melalui perairan Dumai tepatnya di kawasan Sungai Sembilan, Kota Dumai, Riau.

Komited membasmi narkotik, pegawai turut merampas 27 guni berisi 733 bungkus ganja seberat 758.49 kg di Kabupaten Langkat, Sumatera Utara yang dibawa masuk dari Aceh selepas melakukan pengawasan terhadap sebuah lori yang disyaki mengangkut ganja.

Semua bahan bukti dadah dimusnahkan dan siasatan diteruskan untuk mencari suspek lain manakala kesemua suspek berdepan hukuman mati. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan