Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Foto: Ayob Khan (Facebook)

Ayob Khan pengarah baharu JSJ mulai 16 April

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam ini berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.

Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Dis 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.

Beliau sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan