Aroma Sungkei Episod 5 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Isnin (27 Mac).
Dua masakan yang dipertontonkan ialah Ayam Pansuh dan Tempoyak Goreng. Ingin cuba menyediakan dua hidangan ini? Nah, kami kongsikan resipi. Selamat berbuka puasa!
Ayam Pansuh
Bahan-bahan:
500g Ayam
150g pucuk ubi
Tiga batang serai
Tiga inchi halia
1/2 batang bunga kantan
Tiga batang Tepus
Garam
Cara memasak:
- Sediakan 5 cawan air & biarkan mendidih
- Masukkan halia, serai & bunga kantan yang dimayang halus
- Biarkan mendidih selama 2 minit
- Masukkan ayam & pucuk ubi yang carik
- Masukkan garam, biarkan masak seketika
- Sedia dihidang
Tempoyak Goreng
Bahan-bahan:
20g Ikan bilis
50g tempoyak
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Minyak masak
5 biji cili padi
2 biji cili merah
Garam
Gula
Cara memasak:
- 1. Panaskan minyak
- 2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili yang dimayang halus
- 3. Masukkan ikan bilis dan tempoyak
- 4. Masak sehingga kecoklatan & letak sedikit gula
- 5. Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS