Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga,kiri) ketika sidang media Majlis Sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak di Wisma Sumber Alam, Kuching. Foto TVS.

Sarawak sedia bantu Brunei penuhi keperluan penjanaan tenaga boleh diperbaharui

KUCHING, 27 Mac: Sarawak bersedia untuk membantu memenuhi keperluan penjanaan tenaga boleh diperbaharui negara jiran Brunei jika ia diperlukan oleh negara terbabit.

Komiten tersebut disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada pemimpin negara itu ketika lawatan rasminya ke negara terbabit baru-baru ini.

“Jika mereka memerlukan untuk memenuhi komitmen tersebut, kita bersedia kerana menjelang tahun 2035, mana-mana negara yang menandatangani Deklarasi Paris mempunyai komitmen untuk memenuhi sasaran 10 peratus jumlah penjanaan tenaga dalam negara berasal daripada sumber boleh diperbaharui.

“Jadi kita beritahu mereka (Brunei Darussalam) kita bersedia untuk membantu mereka memenuhi komitmen tersebut jika diperlukan dan jika sebaliknya pun tidak mengapa,” katanya pada sidang media sambutan Nuzul al-Quran di Kuching hari ini.

Menurut Awang Tengah, sebagai salah sebuah negara yang turut menandatangani Deklarasi Paris, Brunei turut mempunyai komitmen untuk memenuhi sasaran sekurang-kuranganya 10 peratus penjanaan tenaganya berasaskan daripada sumber boleh diperbaharui.

Justeru, Sarawak tidak mempunyai masalah untuk membekalkan tenaga tersebut kepada Brunei jika ia diperlukan oleh negara itu bagi memenuhi komitmen deklarasi tersebut.

Ini memandangkan Sarawak mempunyai kepelbagaian diversiti yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan penjanaan tenaga boleh diperbaharui.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan