Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu menyampaikan panji kejohanan kepada para peserta Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Lelaki Bawah 14 tahun Pusingan Akhir Asia/Oceania 2023 di sini, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak sasar anjur Sukma ke-21 Julai 2024 – Rentap

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 Mac: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 pada Julai 2024.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat jawatankuasa khas Sukma pada Khamis ini.

“Kalau kita sasar Sukma pada Julai tahun depan kita ada kurang daripada 500 hari sahaja lagi untuk membuat persiapan. Ini adalah cabaran yang kita perlu hadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Lelaki Bawah 14 Tahun Pusingan Akhir Asia/Oceania 2023 di sini, hari ini. Hadir sama, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Dato Patrick Liew 

Dato Gerald Rentap Jabu dan Dato Patrick Liew pada majlis perasmian Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Berpasukan Lelaki Bawah 14 Tahun Pusingan Akhir Asia/Oceania 2023 di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Gerald berkata kerajaan Sarawak juga sedang meneliti semula semua infrastruktur dan kemudahan sukan yang diperlukan untuk penganjuran Sukma kelak.

Fasiliti yang telah rosak atau kurang berfungsi perlu diperbaiki, ditambah baik dan dinaik taraf dengan kadar yang segera.

“Sekiranya kemudahan dan infrastruktur siap dua minggu sebelum pertandingan Sukma, atlet kita tidak akan dapat melakukan persiapan secukupnya. Mereka perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan tempat itu untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Infrastruktur yang akan ditambah baik termasuk stadium dan pusat sukan di kawasan lain di Sarawak seperti Sibu, Bintulu dan Miri.

Ini kerana Sarawak berhasrat untuk melaksanakan kejohanan Sukma di pelbagai bandar di negeri ini.

Sukma 2024 bakal menyaksikan Sarawak menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas edisi 1990 dan 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan