Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori treler serta muatan diesel dan sebuah jengkaut dirampas di tepi Jalan Pan Borneo Bintulu - Tatau. Foto: PPM W5 Bintulu

PPM W5 rampas diesel 6,000 liter, lori treler dan jengkaut bernilai lebih setengah juta

BINTULU, 27 Mac: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPM W5) Bintulu berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi bersama sebuah lori treler dan jentera berat melibatkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM522,000 di tepi Jalan Pan Borneo Bintulu – Tatau  Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, Unit risikan Marin PPM W5 Bintulu telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang memandu sebuah treler jenis Renault di lokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori treler berkenaan mendapati lebih kurang 6,000 liter minyak diesel bersubsidi dipercayai cuba diseludup disimpan di dalam enam tangki plastik segi empat berwarna putih.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu lori treler terbabit gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen atau permit berkaitan muatan minyak diesel bersubsidi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pasukan operasi kemudian bertindak merampas minyak diesel tersebut dianggarkan bernilai RM12,900 manakala sebuah lori jenis Renault dan sebuah jengkaut jenis Hitachi masing-masing bernilai RM250,000 serta peralatan lain bernilai RM10,000 turut disita.

Batholomew berkata, semua barang rampasan dan tangkapan diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Cawangan KPDN Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan