Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 622 kes dera melibatkan kanak - kanak perempuan pada tahun lepas. Foto Evanto.

Parlimen: Sebanyak 1,301 kes dera fizikal direkod tahun lepas – Nancy

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Sebanyak 1,301 kes penderaan fizikal direkodkan berlaku pada tahun lepas, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, daripada statistik berkenaan, sebanyak 679 kes penderaan fizikal membabitkan lelaki manakala sebanyak 622 kes melibatkan mangsa perempuan turut dilaporkan.

Kata beliau, sepanjang tempoh 2021 hingga 2022, statistik juga menunjukkan sebanyak 336 kes kes penderaan kanak – kanak berlaku di rumah pengasuh dan pusat asuhan.

“Kategori ini melibatkan kes penderaan di rumah pengasuh, pusat asuhan, taska berdaftar, pusat asuhan dan taska tidak berdaftar dan juga tadika,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Salamiah Mohd Nor (Perikatan Nasional – Temerloh) yang ingin tahu peratusan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia dan usaha menoktahkan kes penderaan ini.

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan kepada sidang dewan yang pada 2019, kes penderaan fizikal bagi lelaki ialah sebanyak 828 kes dan perempuan sebanyak 743 kes.

Sehubungan itu, beliau berkata, isu penderaan merupakan tanggungjawab seluruh masyarakat di negara ini dan program-program kesedaran perlu diadakan dengan lebih kerap dalam usaha untuk mengatasi masalah ini.

Berhubung isu sama, beliau memaklumkan antara langkah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)  ialah mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

“Melalui garis panduan ini, pegawai pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS, sebelum diputuskan oleh mahkamah.

“Selain itu, pegawai pelindung JKM terus diberikan pendedahan serta latihan yang berterusan dalam usaha mempertingkat dan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dato Sri Doris Sophia Anak Brodie (Gabungan Parti Sarawak – Sri Aman) yang ingin tahu langkah-langkah segera kerajaan untuk menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak yang semakin mendapat liputan meluas akhir-akhir ini, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan