Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan sebanyak 79 peratus senarai sekolah daif negara berada di Sabah dan Sarawak.Foto TVS.

Parlimen: Peruntukan besar, inilah waktu selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menyegerakan usaha membaik pulih sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak yang sering dibangkitkan.

Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu berkata, ini berikutan KPM mendapat agihan tertinggi dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan baru – baru ini.

Baca artikel berkaitan >>>>> Parlimen: 79 peratus sekolah daif di Sabah dan Sarawak – Kementerian Pendidikan

Katanya, sekiranya isu sekolah daif terus dibiarkan, ia akan turut menjadi penyumbang kepada jurang membabitkan sekolah bandar dengan sekolah luar bandar.

“Peruntukan untuk KPM paling tinggi iaitu RM55.9 bilion jika tidak silap, cuma butiran untuk sekolah daif (saya) tidak pasti, jadi inilah masanya untuk kerajaan menunaikan janji menyelesaikan isu sekolah daif,” katanya kepada TVS.

Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu. Foto TVS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat hari ini yang memaklumkan sebanyak 79 peratus sekolah daif di seluruh negara berada di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Dr. Richard berkata, beliau menyokong sepenuhnya isu sekolah daif yang kerap dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sepanjang sesi Parlimen berlangsung.

Katanya sudah tiba waktu untuk Kerajaan Persekutuan yang membawa konsep Malaysia Madani melakukan sesuatu demi manfaat pendidikan anak bangsa.

“Jangan tangguh lagi (membaiki sekolah daif) jangan tunggu sehingga empat lima tahun akan datang kerana dengan peruntukan yang ada, usahalah sekarang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan