Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nasi lemak merupakan antara makanan berasal dari Malaysia yang cukup popular termasuk di luar negara. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: MOTAC lancar aplikasi promosi makanan Malaysia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan melancarkan aplikasi khas untuk mempromosikan makanan tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana Malaysia turut mempunyai hidangan istimewa yang setanding dengan negara – negara jiran.

“Kita mempunyai nasi lemak, nasi kerabu dan nasi dagang.

“Oleh itu MOTAC akan naik taraf laman web dan mewujudkan aplikasi untuk merancakkan promosi makanan di negara kita (kepada pelancong),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (Perikatan Nasional – Hulu Terengganu) yang ingin tahu usaha kementerian mempromosikan makanan tempatan kepada pelancong asing seperti dilakukan negara jiran.

Sementara itu, King Sing memaklumkan, usaha mempromosikan makanan istimewa Malaysia turut dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara menerusi penerbitan buku berkaitan.

“Kita promosi (makanan tempatan) supaya terus dikenali dan dinikmati oleh generasi hari ini.

“Jabatan Warisan Negara menyampaikan buku warisan masakan pada 2016 termasuklah Food Heritage of Sarawak dan Food Heritage of Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan – Balik Pulau) yang ingin tahu pandangan MOTAC terhadap kebanjiran makanan asing khsusunya dari Timur Tengah di kawasan pelancongan popular seperti Bukit Bintang berbanding makanan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan